Information

Ahad, 11 Mac 2012

Keadilan Mahkamah dan Kerajaan Malaysia...


Di mana keadilan mahkamah dan kerajaan Malaysia…

Kesalahan yang berat dihukum ringan…

Kesalahan yang ringan dihukum berat…

Yang mempunyai nama, dilindungi… Contohnya, Dato Seri Khir Toyo (Toyol Selangor) yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dalam pembelian rumahnya bernilai RM 3.5 juta…

Toyol Selangor ini hanya dihukum penjara 12 bulan oleh mahkamah Malaysia…

Sementara itu, media milik kerajaan lebih banyak menggembar-gemburkan kisah Imam Hoslan yang disabitkan bersalah kerana membaling seliparnya ke arah panel hakim (yang langsung tidak arif)…

Kesalahan Imam Hoslan bukanlah besar jika dikira di sisi agama…

Malah, ‘membaling selipar ke arah panel hakim’ juga tidak termasuk dalam 7 dosa besar dalam agama Islam…


Beliau hanya melampiaskan rasa marahnya ketika itu tidak seperti Toyol Selangor yang melakukan rasuah yang termasuk dalam kategori dosa-dosa yang boleh meruntuhkan umat Islam…

Seorang lagi pesalah dalam gambar di bawah ditangkap kerana mencuri beberapa botol shampoo…

Hanya kerana mencuri beberapa botol shampoo, beliau dihukum penjara 24 bulan-lebih lama daripada Toyol Selangor…

Dia mencuri kerana tidak mampu…

Tidak seperti Toyol Selangor yang merasuah kerana tamakkan harta dunia… Masha-Allah…

Ingat! Rasulullah pernah bersabda:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)..

Hal ini bermakna Toyol Selangor ini sudah dilaknat oleh Allah…

Dan tidak meragukan lagi bahawa hukumannya di akhirat sudah pasti ke neraka berdasarkan hadis ini;

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”(Hadis riwayat ath-Thabrani)



Dalam surat khabar Kosmo pula, media lebih menggembar-gemburkan kesalahan Imam Hoslan berbanding kesalahan artis kontroversi Malaysia iaitu Fasha Sandha yang kelihatan seperti sudah menempah tiket ke neraka…



Apa cerita ni Kosmo!?

Kesalahan  , ‘membaling selipar ke arah panel hakim’ tidaklah sebesar kesalahan berpakaian mendedah aurat (berbikini) dan Fasha Sandha dilihat seperti dibela oleh media tempatan…

Adakah logik untuk seorang wanita yang waras untuk berbikini hanya kerana cemburu melihat kekasihnya bersama orang lain?

Jika kita lihat alasan yang diberi, kita boleh mengagak bahawa Fasha Sandha merupakan seorang yang tidak waras…

Kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap orang yang mendedahkan aurat berbanding dengan orang yang  ‘membaling selipar ke arah panel hakim’ kerana  kesalahan ini kecil berbanding dengan kesalahan mendedahkan aurat…

Saya dengan ini mempersoalkan keadilan mahkamah Malaysia atas beberapa kes yang telah disebut tadi… 

Sekian… Wassalamualaikum… *PEACE*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan