Information

Selasa, 3 April 2012

Rahsia Wall FB


Sekarang, menjadi satu trend bagi remaja untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun Facebook.
Di akaun Facebook la, para remaja akan meluahkan segala luahan hati tentang hidup, kekecewaan, meratap, bergembira dan sebagai-bagainya sampai mengalahkan pertuturan kita dengan Sang Pencipta kita iaitu Allah s.w.t.
Remaja pastinya tahu akan maksud Wall bukan?
Wall Facebook tu..
Wall bermaksud dinding.
Siapa pencipta Facebook?
Mark Zuckerberg, seorang Yahudi Amerika.
Dinding dan Yahudi sangat berkait rapat.
Seorang Yahudi akan meluahkan ratapan mereka di Dinding Ratapan ataupun Wailing Wall.. (Ingat:WALL)
Di dinding itu, mereka akan menangisi doa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya tentang hidup mereka.
Itulah tujuan Mark Zuckerberg mencipta Facebook.
Tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di Wall Facebook daripada mengadu kepada Allah s.w.t, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada Allah s.w.t.
Hati-hatilah rakanku sekalian.
Takut-takut, kita tergolong dalam golongan beragama lain (Yahudi) di akhirat kelak..
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Barang siapa yang menyeruapai sesuatu kaum itu, maka ia termasuk dalam golongannya."
Oleh sebab itu, janganlah jadikan Wall fb sebagai tempat menumpahkan segala macam perasaan seperti mereka.
 Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasehat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

1 ulasan: